Pages

style='overflow:auto; height:200px'>

Search This Blog

Translate

23 February, 2013

KISAH2 MENARIK BUAH KURMA

 KISAH2 MENARIK TENTANG BUAH KURMA  
Kepade yang nak tahu more pasal kurma read this ok...go read here     http://commons.wikimedia.org/wiki/File%3AValencia_market_-_dates.jpg

                  Masyarakat Malaysia yang beragama islam khususnye akan mencari buah kurma apabila ramadan menjelang tiba,ya kan? Kesedaran khasiat buah kurma ini juga menyebabkan terdapat dari kalangan masyarakat kita yang menjadikannye amalan pemakanan walaupun di luar bulan ramadan. Namun,buah kurma di buru kerana khasiatnye dan kaitannye dengan kesihatan. Tidak dinafikan kepentingan khasiatnye namun terdapat banyak lagi kisah buah kurma yang perlu disampaikan kepade anak2 kita agar ianya lebih sebati di antara jiwa mereka dan hunbungan buah kurma ini dengan Rasulullah S.A.W dan para sahabat baginda. Teringat semasa bersama para ustaz dahulu,mereka ade mengisahkan tentang kisah buah kurma di zaman baginda Rasulullah S.A.W. 

            Suatu hari baginda Rasulullah S.A.W sedang makan buah kurma bersama seorang sahabat. Namun terlintas dihati sahabat ini untuk bergurau dengan baginda Rasulullah S.A.W. Maka setiap buah kurma yang dimakannye tu bijinye sahabat ini meletakkannye bersama biji buah kurma yang dimakan oleh baginda Rasulullah S.A.W. Setelah selesai mereka makan buah kurma itu lalu sahabat ini berkata kepada baginda Rasulullah S.A.W bahawa baginda telah memakan buah kurma yang banyak sekali berdasarkan biji buah kurma yang berada di hadapan baginda itu. Baginda Rasulullah S.A.W tersenyum melihat gelagat sahabat baginda tersebut. Namun,baginda sambil tersenyum menyatakan bahawa sahabat baginda lagi hebat kerana telah memakan buah kurma dengan biji bijinye sekali sehinggakan langsung tidak ada biji yang tertinggal di hadapanye.

           Kisah buah kurma di zaman sahabat menarik juga. Kisah berlaku di zaman Amirul Mukminin Saidina Ali Bin Abi Talib Karramalluhu Wajhah. Suatu hari terdapat sepasang suami isteri yang sedang menikmati buah kurma yang enak sekali. Sang suami yang asyik sedang menikmati buah kurma tersebutbeliau telah berkata kepade isterinye bahawa jika dia (isteri) tidak dapat asingkan biji buah kurma yang dia makan dan isterinye makan maka jatuh talak ke atasnye. Kasihan sang isteri yang sedang bersedih datang bertemu Amirul Mukminin Saidina Ali Bin Abi Talib Karramalluhu Wajhah dengan membawa biji2 kurma tadi tu dan mengadu tentang masalah yang sedang dihadapinye serta meminta jalan penyelesaianye. Jika tidak maka mereka terpaksa bercerai. Kebijaksanaan sahabat nabi S.A.W ini dalam menyelesaikan masalah umat jelas terserlah.

               Saidina Ali Bin Abi Talib Karramalluhu Wajhah dengan tersenyum meletakkan di atas suatu hamparan sambil menjarak jarakkan biji2 buah kurma tersebut di antara satu dengan yang lain. Kemudian Saidina Ali Bin Abi Talib Karramalluhu Wajhah berkata kepade wanita itu bahawa setelah die menjarak jarakkan biji buah kurma tersebut maka tertunailah syarat sang suami tersebut untuk mengasingkan biji buah kurma antara yang dimiliki oleh sang suami dan sang isteri. Maka tidak jatuh lah talak di antara mereka. 
                   
                     Kita perlu lebih banyak cerita seumpama ini untuk dijadikan cerita rakyat dalam masyarakat kita perihal buah kurma. Moga dengan cerita seperti ini kecintaan kita ke atas Baginda Rasulullah S.A.W dan para sahabat baginda di kalangan anak2 kite di zaman moden ini. 

               Lastly.....actually last but not least because after this farah akan story2 lagi kat you all pasal kelebihan buah kurma untuk ibu2 mengandung. Hi3.. :) family farah semua suke makan buah kurma walaupun bukan dalam bulan puase..asal nampak kat kedai je mesti beli...especially my daddy..
   Daa.... Sharing Is Caring... Share jangan tak share.... 

Jenama kurma yang tengah hot sekarang ini YUSOF TAIYOOB 


                   go here & read this sumber gambar : http://vlad1816.blogspot.com/2012/08/sejarah-usahawan-kurma-yusof-taiyoob.html
read this too ok... http://www.mywira.com/tag/yusuf-taiyoob/





                   go here & read this too sumber gambar : http://amazingnara.com/kisah-inspirasi-jutawan-kurma-yusuf-taiyoob

No comments:

Post a Comment

GIRLISH N BOYISH YG CUTE2 PUNYE KOMEN