Pages

style='overflow:auto; height:200px'>

Search This Blog

Translate

27 February, 2013

FILEM GILA-GILA REMAJA 2



For this time punye entry farah wanna story2 sikit pasal filem terbaru yang akan keluar di kesemua panggung yang berdekatan dengan anda nanti. filem itu bertajuk GILA-GILA REMAJA 2 yang akan ditayangkan pade 21 MAC 2013 ni. jangan lupe you all semua wajib tonton cerite ni. cewahh,ayat macam farah producernye pulok eak.


Filem GILA-GILA REMAJA pernah menjadi kegilaan remaja sekitar tahun 1986 dahulu. Malah tidak salah jika dikatakan filem ini terus menjadi tontonan remaja yang sedang menuju ke arah kedewasaan.
Menyedari impak besar filem ini ini, pengarah V.Nagaraj cuba mengembalikan zaman kegemilangan filem ini menerusi GILA-GILA REMAJA yang akan ditayangkanpada 21 Mac 2013. Memandang filem ini tiada sinopsis lengkap, Farah hanya membuat rumusan jalan cerita dengan mononton trailer filem ini.


Farah rasa filem seperti ini mempunyai jalan cerita yang berbeza dengan versi terdahulu. Mungkin pengarah mahu memberi nafas baru pada filem ini. Pun begitu plot ceritanya masih lagi sama tentang pelajar-pelajar kolej yang nakal.

Dalam video trailer ini juga, kelihatan pelakon utama filem Gila-gila Remaja dahulu iaitu Faizal Hussein turut berlakon. Wah, adakah dia masih memegang watak sebagai Azroy?

Pelakon-pelakon utama filem ini ialah Hairul Azreen, Faralyna Idris, Fizz Fairuz, Taiyuddin Bakar @ Tai, Hanis Kamal Bakar, Nabila Dally,

INI PULAK ANTARA2 GAMBAR2 PELAKON UNTUK FILEM GILA-GILA REMAJA 2--KEMBALI DENGAN NADI YANG BARU.


 






filem GILA-GILA REMAJA-II ini dikatakan diadaptasi dari filem GILA-GILA REMAJA yang dulu2 tu.


                                                   Ini la yang dulu tu. by the way,cerite ni sedih jugak la..








Pengarah
Hussein Abu Hassan
Penerbit
Adnan
Lakonan
Faizal Hussein, Rosyam Nor, Rehana Yassin, Hussein Abu Hassan, dan Mahyon Ismail



Gila-Gila Remaja merupakan sebuah filem remaja malaysia yang ditayangkan pada tahun 1985 Filem ini telah diarahkan oleh Hussein Abu Hassan dan diterbitkan oleh Shah Film Productions.
Sinopsis
Seorang remaja nakal, Azroy bin Azlan (dipangil Azroy atau Roy) telah jatuh cinta pada seorang gadis pelajar baru bernama Suziana (rehana yassin) atau lebih mesra dengan panggilan Suzi dikalangan teman dan keluarga. Pada suatu hari, Roy (faizal hussein) dan kumpulannya telah terlibat dalam satu pergaduhan dengan kumpulan lain iaitu kumpulan "Gagak Hitam".
Akibat daripada pergaduhan tersebut, salah seorang daripada kawan Roy telah cedera parah. Farouk dan konconnya, kumpulan Gagak Hitam yang masih tidak berpuas hati telah merogol adik Remy. Lantaran itu, Remy mengamuk dan pergi mencari mencari mereka untuk membalas dendam. Roy dan rakan-rakannya pergi mengejar Remy. Setibanya di sana Remy telah dibelasah beramai-ramai oleh Kumpulan Gagak Hitam. Roy dan rakan-rakan pun membantu Remy dan pergaduhan antara dua pihak pun berlaku. Dalam pergaduhan tersebut, Remy telah menikam Farouk dan membunuh ketua Kumpulan Gagak Hitam.
Polis tiba di tempat pergaduhan dan telah berjaya menangkap Remy. Remy dimasukkan ke dalam pusat pemulihan akhlak berikutan jenayah yang dia lakukan. Bagaimanapun, Farouk terselamat. Farouk yang terselamat telah mengapi-apikan ayah Suzi (hussein abu hassan) agar membenci Roy. Ayah Suzi mengugut untuk memindahkan Suzi ke kolej lain sekiranya Roy dan Suzi masih bertemu. Roy berkorban dan meninggalkan kolej walaupun peperiksaan telah hampir.
Penerbit Eksekutif pada masa itu En VN Raj,telah pun diiktiraf sebagai Pengarah yang berbakat pada masa ini, beliau di khabarkan akan melancarkan Gila-Gila Remaja 2(Mereka Kembali dengan Nadi Baru)pada bulan Ogos 2011 kelak.
Barisan pelakon
Nama
Peranan
Faizal hussein
Roy
Rosyam Nor
Remi
Rehana Yassin
Suziana
Hussein Abu Hassan 
Ayah Suziana





Ini je la yang dapat diceritakan pun..