Pages

style='overflow:auto; height:200px'>

Search This Blog

Translate

23 February, 2013

HASILKAN SENDIRI PRODUK KECANTIKAN SECARA NATURAL

HASILKAN SENDIRI PRODUK KECANTIKAN SECARA SEMULA JADI

ini ade yang farah nak share with you all ni...............

Biarpun produk kecantikan di kini banyak terdapat di  pasaran namun itu tidak bermakna semuanya sesuai dengan kulit kita,betul tak?? Dalam proses memilih itu sebaiknye kita lihat terlebih dahulu akan bahan dalam kandungan produk seperti merkuri,bahan pewarna,pewangi tambahan dan sebagainye @ etc..Ini kerana ada antara bahan di dalamnye boleh menyebabkan kerosakan pade kulit sekali gus menjejaskan kesihatan kita.begitu pun,kita tak perlu lah bimbang,apa kate luangkan sedikit mase untuk menghasilkan sendiri produk kecantikan untuk mendapatkan kecantikan semula jadi dan bebas dari sebarang bahan yang boleh mendatangkan alahan atau merosakkan kulit kita disamping,ia dapat menjimatkan wang kita..

1. Penyegar Untuk Kulit Tidak Berminyak

Kulit wajah yang berminyak boleh dikesan melalui kulit yang nampak berkilat dan seolah olah wajah kurang bersih.Disebabkan itu,kulit yang berminyak memerlukan perawatan yang lembut kerana penggunaan bahan2 yang tidak sesuai dengan kulit akan menyebabkan kulit kita semakin parah.Apa yang diperlukan oleh kulit jenis ini adelah masker bagi mengencangkan dan mencerahkan kulit kita.Selain itu,masker juga boleh membantu menghentikan penghasilan minyak berlebihan,mencegahkan pembentukkan bintik2 hitam,merapatkan pori2 yang besar,dan menyingkirkan kilauan akibat minyak.

Bahan2 Yang Diperlukan :
   Mangkuk kecil
   Sedikit madu 
   20 0ml air mawar yang memiliki kesan astringent
  6 titis minyak pati lavender

Cara2 membuatnye :
 Campurkan tiga sudu makan madu dengan satu sudu makan air mawar dan 6 titis minyak pati lavender dalam mangkuk.Setelah itu,sapukan ke wajah tebal2 terutama di bahagian T (dagu,hidung dan dahi)Biarkan selama 15 minit. setelah itu,lakukan urutan perlahan lahan dengan gerakan lembut dengan menggunakan hujung jari anda. setelah itu,bersihkan wajah. masker ini sebaiknye dipakai sekali dalam seminggu bagi mendapatkan kulit wajah yang bersih dan kering.

2. Perawatan Bawah Mata

You all mungkin akan menyangka faktor penat,berjaga sampai lewat malam,tekanan kerja dan sebagainye adalah punca kepada berlakunye lebam di bawah mata. tiada wanita yang menyukainye apabila berlakunye lebam di bawah mata. ini kerana,ia menampakkan wajah yang lesu dan tidak bermaya. Ada yang menggunakan pendekatan menutupi masalah tersebut dengan memakai bedak asas @ foundation. namun ia tidak banyak membantu sebaliknye ia membuatkan ia nampak makin jelas di mate orang lain. apa yang kita perlukan untuk mengatasinye masalah lebam bawah mata adalah bahan untuk menyegarkan bahagian mata yang lembut selain membantu mengurangkan kesan bengkak pada mata.

Bahan2 Yang Diperlukan :
Uncang teh celup yang sudah digunakan.

Cara membuat nye :
Letakkan uncang teh celup you all di dalam peti semalamam. ketika uncang teh tersebut sudah dingin letakkan pade kelopak mata. lalu duduk atau berbaring dengan tenang selama 10 minit. setelah itu,angkat uncang teh dari mata dan sapukan pula krim mata ketika mata you all masih lembap. kelembapan kulit akan membuat krim mata menyerap dengan lebih cepat.cara ini nampak biasa tapi akan memberikan hasil yang cepat dan memuaskan hati you all.selamat mencuba.

3. Pembersih Mekap

 Jika pembersih mekap yang kita gunakan membuatkan mata terasa gatal atau tidak berjaya mencuci maskara dari bulu mata apa kata anda buat sendiri penghilang meka. ia membantu menghilangkan sisa2 pemakaian kosmetik tanpa membuat kulit anda gatal2. apa yang anda perlukan cumelah pembersih mekap berbentuk minyak yang berkesan dan melembapkan kulit wajah. ini kerana minyak lebih baik berbanding pembersih yang anda gunakan. mari kita intip bagaimana menghasilkan pembersih mekap???

Bahan2 Yang Diperlukan :
  Bekas kecil / botol kosmetik kecil
 Mangkuk kecil
  100 ml minyak castor
  200 ml minyak almond manis
 200 ml air perahan bunga aster

Cara membuat :

Campur minyak almond manis dengan minyak castor di dalam mangkuk lalu tambahkan air perahan bunga aster (dikenal juga dengan nama corn flower). masukkan dalam botol anda. setiap malam,aplikasikan ke wajah untuk membersihkan sisa2 mekap dengan menggunakkan kapas.

Ade juga yang gunakan minyak JOHNSON & JOHNSON BABY - BABY OIL..
Farah pun gune ni juga tapi farah gune ini just untuk bubuh kat rambut le..




4. Rambut Cantik Berkilau 

Sering kali mewarnakan rambut,menggunakan pengering rambut @ hair dryer atau pemakaian syampu yang tidak sesuai dengan kulit kepala akan menyebabkan kilau sihat dari rambut akan mudah hilang. untuk itu,ape kata anda cuba resipi masker dari buah buahan yang dilengkapi dengan serat dan vitamin bagi mengembalikan keindahan rambut anda.

Bahan2 Yang Diperlukan : 
  Buah mangga
  Satu biji aprikot atau pic 
  2 sudu makan minyak zaitun
  1 cawan yogurt 
  1 sudu makan muesli (sereal yang terdiri dari gandum,buah buahan kering dan biji bijian)tanpa gula.

Cara membuat :

 Campur buah buahan,yogurt dan muesli di dalam pengisar. Setelah semuanya sebati,tambahkan minyak zaitun ke dalamnya. Setelah itu,sapukan bahan yang dikisar tadi ke seluruh rambut anda. Biarkan selama setengah jam sebelum ia dibilas.Biarkan rambut kering secara semula jadi. Lebihan bahan dikisar tadi boleh juga dimakan.  

By the way you all,farah juga gune ini dari farah kecil lagi kot..kecil tak kecil la..sampai sekarang botol2 kosong ini dah banyak sangat dah kat farah.


 

1 comment:

  1. Casino Junket Casino - Joliet, IL - Ticket Price & Timings
    Find the cheapest and quickest 경기도 출장마사지 way to 경산 출장안마 get your 양주 출장마사지 Casino Junket Casino Tickets in Joliet, IL. Find the cheapest and quickest ways 구미 출장마사지 to get your Casino Junket 순천 출장샵 Casino Tickets

    ReplyDelete

GIRLISH N BOYISH YG CUTE2 PUNYE KOMEN