gajus bermanfaat untuk penjagaan kecantikkan.
ramai menganggap buah gajus atau nama saintifiknya anacardium occidentale amat unik kerana bijinya terletak diluar.
tetapi buah yang turut dikenali dengan nama janggus, jambu golok, dan ketereh ini banyak kebaikannya sebagai tumbuhan ubatan.
gajus merupakan sejenis pokok rendang yang biasanya ditanam untuk dijadikan sebagai pokok tempat berteduh.
daun pokok gajus tersusun secara bertentangan.
buahnya berbentuk seperti buah pear dan bijinya berada diluar.
bijinya berbentuk seperti ginjal.
sewaktu muda buah dan bijinya berwarna hijau muda.
buahnya akan bertukar ke warna kuning apabila masak.
tekstur buahnya akan menjadi lembut dan berair.
isi di dalam buahnya berwarna putih.
terdapat juga spesies gajus yag mempunyai buah yang berwarna merah jambu.
tergolong dalam keluarga leguminasae, pucuk gajus yang muda boleh dijadikan sebagai ulam mentah.
pucuknya sedap dimakan kerana baunya yang menyelerakan dan rangup apabila dikunyah.
buahnya yang manis dengan rasa sedikit pijar boleh dimakan begitu sahaja.
bijinya pula dibakar dan kulitnya diketuk untuk mengeluarkan bijinya.
pada zaman dahulu,kulitnya dibakar kerana mengeluarkan minyak yang berwarna hitam yang digunakan sebagai bahan api untuk pelita.
sebagai ubat tradisional rawat demam selesema.
biji gajus atau lebih dikenali sebagai kacang gajus merupakan sumber terbaik protein dan serat.
kacang ini kaya dengan lemak mono tidak tepu yang dikatakan mampu melindungi jantung.
kacang gajus juga dikatakan sumber terbaik potassium,vitamin B dan folat.
kacang ini juga mengandungi sejumlah magnesium, fosforus, selenium dan mangan.
jika mahu memakan kacang gajus lebih baik memakan kacang yang tidak diselaputi garam.
ini adalah kerana garam yang ditambah ini boleh menyumbang kepada peningkatan tekanan darah.
sekiranya menggunakan minyak biji gajus ia perlu digunakan dengan penuh berhati hati.
minyak ini dikatakan boleh digunakkan untuk tujuan disapu pada kematu, ketuat, kurap, ulser kanser, dan untut.
bukan itu sahaja, minyak ini juga dikatakan boleh digunakkan untuk membuang kulit mati pada muka dalam usaha untuk menggantikkan kulit baru.
pokok gajus berasal dari timur laut brazil.
pada kurun ke-16 buah gajus dan jus buahnya telah digunakkan oleh pedagang eropah bagi merawat demam, menghilangkan bau mulut, dan melegakkan sakit perut.
buah dan kacang gajus juga telah digunakkan oleh orang asli suku kaum tikuna di dalam hutan brazil tersebut sebagai ubat merawat demam selesema.
mereka juga merendam daun dan kulit pokok gajus untuk dijadikan sebagai teh dan diminum bagi merawat cirit birit.
suku kaum wayapi di guyana pula menggunakan kulit pokok untuk dijadikan air teh sebagai ubat cirit birit dan ubat kolik untuk bayi.
suku kaum di surinam pula menggunakan minyak biji gajus sebagai ubat sapu bagi membunuh cacing di bawah kulit.
di brazil juga, air rebusan yang dihasilkan daripada kulit pokok gajus dijadikan sebagai ubat cuci pada bahagian vagina wanita.
air rebusan kulit pokok ini turut dijadikan sebagai astringen bagi menghentikan pendarahan di gusi setelah gigi dicabut.
buah gajus pula digunakan sebagai ubat sifilis.
air rebusan daun gajus pula boleh dijadikan sebagai air kumur bagi mengatasi masalah ulser mulut, tonsilitis, dan masalah tekak.
selain itu, ia juga digunakan sebagai pencuci luka.
untuk penjagaan kecantikkan.
di peru, daun pokok gajus telah digunakan sebagai ubat cirit birit.
air rebusan kulit pokok dijadikan sebagai pencuci antiseptik bagi vagina dan bijinya pula digunakan bagi merawat masalah kulit.
orang amerika utara pula menggunakan daun dan kulit pokok gajus sebagai ubat merawat masalah diabetes, batuk, bronkitis, tonsilitis, kolik usus, dan cirit birit.
industri kosmetik dan penjagaan kulit juga turut mengambil khasiat buah gajus untuk digunakan dalam pembuatan produk2 penjagaan kecantikan.
berikutan dengan kandungan vitamin C dan garam mineral yang terdapat di dalam buah gajus, maka buah gajus ini turut digunakan sebagai salah satu bahan dalam merawat masalah penuaan kulit pramatang.
kandungan protein dalam buah ini juga berguna sebagai satu bahan untuk menghasilkan pelembap dan tonik kulit kepala.
walaupun terdapat pelbagai kebaikan dan khasiat ubatan setiap bahagian pokok gajus, namun begitu perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.
Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
ReplyDelete..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐๐ป
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
๐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐คฒ๐ผ
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
๐kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring