Pages

style='overflow:auto; height:200px'>

Search This Blog

Translate

26 December, 2012

DELIMA

delima atau nama saintifiknya punica granatum memang banyak keistimewaannya.
bukan setakat sedap dijadikan jus untuk diminum.
namun buah yang berasal dari parsi ini sesungguhnya banyak terdapat khasiat ubatan yang mampu memberi faedah kepada kesihatan tubuh manusia.
dalam islam seperti yang termaktub dalam surah al-an'am ayat 99 dan ayat 141, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga dan dikurniakan oleh allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umatnya.
bagi masyarakat timur tengah buah delima menjadi simbol kesuburan.
begitu juga dengan di negara china buah delima juga menjadi satu simbol kesuburan,rezeki yang melimpah ruah,keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.
pokok delima adalah daripada jenis pokok renek.
pokoknya boleh membesar dan mencapai ketinggian 8-10 meter.
batangnya adalah jenis berkayu.
daun delima berwarna kuning kehijauan dan kemerahan.
daunnya tersusun secara bertentangan dan berbentuk bujur tirus.
buah delima pula berbentuk bulat dan berwarna kuning kemerahan.

apabila seseorang itu menjadikan amalan meminum jus buah delima setiap hari dikatakan cara tersebut mampu merendahkan kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik.
selain itu dengan meminum 1.7 auns jus delima setiap hari juga dikatakan mampu merendahkan tekanan darah sistolik kira2 sebanyak 5 peratus.
buah delima dikatakan mengandungi kandungan antioksida flavonoid dan anthocyanidin yang tinggi.
jus delima segar mempunyai kandungan flavonoid dan polifenolik yang larut kira2 0.2 hingga 1 peratus.
selain itu juga jus delima segar juga mengandungi 85 peratus air 10 peratus gula dan 1.5 peratus pektin dan asid askorbik.
jus delima juga mengandungi vitamin dan mineral seperti zink,potassium,fosforus,magnesium,besi,kalsium,protein,thiamin,riboflavin,niasin,folat,vitamin B1 B2 B3 B5 B6 dan B8.
selain itu jus delima juga mengandungi vitamin C.

jus delima kekalkan sel2 sihat.
jus delima sememangnya minuman berkhasiat.
namun begitu kebanyakan fitokimia yang dijumpai dalam kulit buah.
selain itu akar dan kulit pokok juga turut digunakkan untuk tujuan perubatan.
biji delima pula dikatakan kaya dengan sumber serat pemakanan,pektin dan gula.
biji delima kering pula dikatakan mengandungi steroid estrogen estrone, dan phytoestrogen genistein, daidzein, dan coumestrol.
delima juga dikatakan mengandungi asid amino seperti glutamik dan asid aspartik.
beberapa kajian yang telah dilakukan oleh para penyelidikan menunjukkan kebaikan meminum jus delima dalam pemakanan seharian.
jus delima sememangnya bagus buat wanita.
dikatakan dengan meminum jus delima risiko untuk mengekalkan sel2 sihat adalah tinggi.
ini adalah kerana jus delima dikatakan mampu memusnahkan sel2 barah payudara dan sekali gus membantu mencegah sel2 barah payudara daripada terbentuk.
kajian juga menunjukkan bahawa jus delima juga mampu menyekat pembangunan kanser paru2 dan juga memperlahankan pembesaran kanser prostat.
malah dalam kajian yang melibatkan 50 orang lelaki yang telah menjalani rawatan kanser prostat 8 auns jus delima yang diambil setiap hari dikatakan mampu memastikan tahap PSA atau protein yang dihasilkan oleh sel2 prostat normal dan berbarah dalam keadaan stabil.
ini sekali gus mampu mengurangkan keperluan melakukan rawatan lanjut seperti kemoterapi atau terapi hormon.

jus delima mencegah plak terbentuk pada arteri.
kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan jus delima dikatakan mampu melindungi otak neonatal daripada rosak selepas mengalami kecederaan.
kajian juga menunjukkan bahawa jus delima dikatakan mampu mencegah kemerosotan rawan.
meminum jus delima juga dikatakan mampu mencegah plak daripada daripada terbina pada arteri dan boleh menterbalikkan semula pembinaan plak.
selain itu dengan meminum jus delima dikatakan mampu mencegah dan memperlahankan penyakit alzheimer.
jus delima juga bersifat astringen ringan dan dikatakan mampu dijadikan sebagai ubat bagi merawat diarea dan mengurangkan demam.
selain buah,kulit akar pokok pula dikatakan mampu merawat parasit dalam usus serta membunuh cacing pita.
alkaloid dalam bahagian ini dikatakan melalikan cacing pita sekali gus membolehkan cacing ini kehilangan cengkaman pada dinding usus dan akhirnya keluar dengan mudah.
namun begitu alkaloid ini amat beracun dan tidak boleh digunakan untuk tujuan perubatan sendiri.
walaupun terdapat khasiat buah delima namun begitu sebelum mengambil keputusan menggunakannya untuk tujuan ubatan perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.
























No comments:

Post a Comment

GIRLISH N BOYISH YG CUTE2 PUNYE KOMEN