Pages

style='overflow:auto; height:200px'>

Search This Blog

Translate

01 March, 2013

CINTA DI MENARA AL BURJ



  Harini farah nak cerite pasal satu drama ni. drama ni telah pun ditayangkan di astro prima. sape yang ade astro,raise your hand now.. hehehe... just kidding LOL... emm actually hal yang buat farah nak cerite pasal drama ni sebab diorang shooting drama ni di DUBAI,ABU DHABI,UAE... mase farah tengok cerite ni kan farah rase macam nak pergi je kat DUBAI tu.. hai,kalau le farah dapat pergi sane kan best.. emmm... DUBAI kan salah satu tempat membeli belah terkemuka.. eh3... betul ke ape yang farah cakap ni ea.. hehehe... ok now kite balek ke tajuk yang asal iaitu farah akan ceritekan sikit pasal sinopsis cerite ni k.. sebab farah tengok cerite ni from the beggining till the end tau.. hahaha... you all want to know why tak.. ha..sebabnye cerite ni memang lawak sangat.. semuanye lawak sangat.. especially ayat diorang tu... ala ayat yang ni

                                 "AAK...ade aku kesah"

hahaha... lawak sangat... just imagine whole my family duk tergelak gelak tengok cerite ni.. actually cerite ni mengisahkan pasal 3 orang wanita yang cantik yang telah pergi bercuti di ABU DHABI... 
cinta di menara al burj atau atau tajuk asalnye cinta di burj khalifah.kartini seorang ibu tunggal,miza seorang isteri yang berdepan dengan masalah rumahtangga dengan suaminye dan qaireen andartu yang sudah berusia 27 tahun.mereka berpeluang ke ABU DHABI yang banyak mengubah perspektif hidup mereka. for you all information,drama ni diterbitkan oleh ZEEL PRODUCTION... selain dari drama cinta di menara al burj ni,mereka juga telah membuat pengambaran untuk drama rindu bertamu di abu dhabi.

 dalam drama rindu bertamu di abu dhabi tu kebanyakannye pelakon2 yang same berlakon dalam drama cinta di menara al burj tu kan.. am i right... kan3... hihihi... cerite ni memang best gilerrr.... contoh pelakon2 yang same adelah tasha shila,fahrin ahmad,aiman hakim ridza,dato' rahim razali,lidyawati... kan3... hihihi... :) sebenarnye tujuan entri farah kalini adelah sebab farah nak luahkan perasaan le kan... yela kan mase farah tengok cerite ni farah start rase teringgin nak pergi ABU DHABI je... tapi tak dapat.. huahuahua... :'(  ( touching le pulok aku ni yew... hehehe ) hahahaha... :) seronok kan pelakon2 malaysia dapat bercuti di DUBAI tu & dapat berkampung lame sangat kat sane tu kan.... kan3... :) emm..ni farah nak cerite sikit pasal burj khalifa (menara khalifa) ni.. ia merupakan pencakar langit di DUBAI yang terkenal sangat... tinggi bangunan ni ialah 828 meter tau.. (2 kali tinggi daripade klcc)  dan ia dirasmikan pade 4 januari 2010... bangunan ni menempatkan pejabat2,hotel2 mewah & restoran.. emm best kan kalau dapat pergi ke DUBAI tu.. 

pelakon yang berlakon dalam drama ini ialah rozita che wan,tasha shilla,norkhiriah,aiman hakim ridza,fahrin ahmad... farah minat sangat... :)










fountain dubai



                                                   hotel armani di menara al burj 


                                                            hotel burj al arab


                                                        



















                                                  


                                                      burj al arab hotel



                                               tasha shila & aiman hakim ridza
    Sumber gambar or sumber2 : kakiheboh.com
                                               

Ini pula drama rindu bertamu di abu dhabi......


http://www.facebook.com/RinduBertamuDiAbuDhabi.SlotAkasiaTV3


http://www.facebook.com/pages/Rindu-Bertamu-Di-Abu-Dhabi-Official/324181857702730


http://www.facebook.com/OfficialRinduBertamuDiAbuDhabi


http://www.facebook.com/RinduBertamuDiAbuDhabi.TV


http://www.facebook.com/rindubertamu


http://www.facebook.com/pages/Rindu-Bertamu-Di-Abu-Dhabi-Official/324181857702730


http://www.facebook.com/RBDAD.SlotAkasiaTv3


http://www.facebook.com/pages/Rindu-Bertamu-di-Abu-DhabiSlot-Akasia-TV/540901749267933


http://www.facebook.com/RBDADtv3









Rindu Bertamu Di Abu Dhabi mengisahkan tentang Firdaus (Fahrin Ahmad) yang telah membawa diri ke bumi asing di Abu Dhabi akibat sebuah fitnah ke atasnya. Siapakah agaknya yang telah membuat fitnah tu? Kejadian tersebut bukan sahaja menghancurkan kepercayaan Haji Ilham terhadap anaknya, Firdaus malah juga memisahkan dua hati yang bakal disatukan. Firdaus terpaksa memutuskan talian pertunangan dengan Fatin (Fouziah Gous) dan meninggalkan keluarganya. Firdaus sangat mencintai Fatin Zahara.
Kini, Firdaus mempunyai sebuah kerjaya yang boleh dibanggakan di kota Abu Dhabi sebagai seorang jurutera kanan. Selama 5 tahun, Firdaus hidup tenang di sisi isterinya, Ain Farohah (Tasha Shila) dan bakal menerima cahaya mata pertama tetapi hatinya sering terusik dengan kenangan silam. Ain pula menyimpan rahsia tentang kandungannya kerana tidak mahu mengecewakan Firdaus dan sanggup mengambil risiko untuk melahirkan anak mereka.
Penyatuan antara Firdaus dan Ain bermula dengan sebuah fitnah yang dirancangkan oleh Faiz (Shahrizal Jaszle) yang tidak pernah berpuas hati dengan abang angkatnya dimana Firdaus lebih disayangi oleh Haji Ilham (Dato’ Rahim Razali) dan Hajah Kirana (Lidyawati). Hakikatnya Firdaus hanyalah bayi terbiar yang dijumpai oleh Haji Ilham dan Hajah Kirana yang inginkan anak selepas beberapa tahun berkahwin. Kebaikan dan kecerdikan Firdaus telah menjadi anak emas dan harapan kepada Haji Ilham sehinggalah kes khalwat yang telah memusnahkan segala-galanya. Firdaus ni sorang yang baik. Tersangat sangat la baik sejak dari dia kecil lagi.

Firdaus dan Ain terjerat dengan rancangan Faiz dimana mereka berdua telah ditangkap khalwat dengan keadaan tidak sedar diri dalam bilik. Lantaran itu, Haji Ilham telah menghalau Firdaus keluar dari rumahnya dan tidak membenarkan sesiapa pun mengungkit tentangnya. Ibu Ain pula meninggal dunia akibat tekanan kes khalwat itu. Ain telah hilang tempat bergantung manakala adiknya, Mira (Elyssa Murni) menyalahkannya atas segala yang berlaku. Firdaus berasa dia patut bertanggungjawab atas Ain. Oleh itu, Firdaus dengan berat hatinya memutuskan tali pertunangan dengan Fatin.

Firdaus telah menikahi Ain Farohah dalam keadaan yang amat sederhana. Semuanya diatur secara senyap-senyap oleh Hajah Kirana yang percaya dan yakin anaknya tidak bersalah. Acara pernikahan Firdaus dan Ain hanya disaksikan oleh Hajah Kirana dan adik bongsunya, Fareez (Aiman Hakim Ridza).

Walaupun sudah 5 tahun, nama Firdaus masih menjadi larangan dalam keluarga Haji Ilham. Hajah Kirana dan neneknya, Mak Piah (Kismah Johar) tidak dapat menahan rindu terhadap Firdaus. Mereka hanya menaruh harapan bahawa satu hari nanti hati Haji Ilham akan lembut dan menerima semula Firdaus.

Faiz pula berasa puas hati dengan keadaan sekarang kerana kehadiran Firdaus dalam keluarganya akan menggugat kedudukannya sebagai waris yang patut mengambil alih syarikat Haji Ilham. Bagi Faiz, Firdaus hanyalah anak pungut yang menumpang kasih sayang daripada ibu bapanya. Faiz yang hanya tahu berjoli dan menghabiskan duit bersama teman wanitanya, Fifi (Syatila Melvin) memulakan rancangannya untuk menguasai perniagaan Haji Ilham.

Apabila Mak Piah jatuh sakit dan keadaannya semakin tenat, Fareez telah bertolak ke Abu Dhabi untuk menjejaki abangnya bagi memenuhi hasrat neneknya yang mahu berjumpa dengan Firdaus sebelum meninggal dunia. Firdaus terkejut dengan kemunculan Fareez tetapi ego telah mengatasi segalanya dan Firdaus masih belum bersedia untuk pulang ke Malaysia.

Haji Ilham pula menetapkan syarat bahawa Faiz perlu berumah tangga dahulu sebelum syarikat itu diserahkan sepenuhnya kepada Faiz. Sementara ketiadaan Firdaus, Fatin merupakan orang yang amat dipercayai oleh Haji Ilham dalam urusan hal ehwal syarikat itu. Apakah kebenaran akan terbongkar dan Firdaus diterima semula oleh Haji Ilham? Bagaimana pula dengan takdir yang tertulis untuk Firdaus, Ain dan Fatin?

Lakonan Fahrin Ahmad, Dato' Rahim Razali, Shah Jazsle, Aiman Hakim Ridza, Fouziah Gous, Tasha Shilla, Lidyawati, Kismah Johar, Syatilla Melvin, Elyssa Murni Johari, Abdul Rahman Suud, Raja Ema, Riz Amin, Hairi Safuan, Fendi Seman, Che Putih, Hanan Hassan, Mak Jah, Zainol Ismail, Rozita Ali, Noraini Shahbudin, Rudy Rejab, Mohd Dannial Shaiful Nizam, Mohd Hasrizal Hassan, Baby Alia Sarah.

Lagu latar, Siapa Ingin Membawa - Fahrin Ahmad, Yang Bertakhta - Bob, Secebis Harapan - Nora, Kau Tak Pernah Jauh - Nora.


Drama ini mempunyai 28 episod. Seperti yang semua orang tahu,Fahrin Ahmad sendiri yang nyanyi lagu dalam drama ni kan. Siyes tak tipu punya. Lagu nyanyian Fahrin Ahmad sedap sangat..drama ini terbitan zeel production. Diarahkan oleh Mazri Mustafa.
 Khabarnya drama ini macam cerita Kabhi Kushi Khabi Gham.Aiman Hakim Ridza berperanan sebagai apa, mungkin sebagai adik yang mahu memujuk abangnya balik, menyatukan kembali keluarga mereka.. ada rindu bertamu di Abu Dhabi..

Raja Ema pulak pegang watak Salina perempuan jahat yang jadi ibu ayam. Nak tengok cemana Raja Ema bawa watak agak berbeza dalam drama2 dia sebelum ni…kena le tengok drama bersiri Rindu bertamu di Abu Dhabi , sambil melayan permandangan yang indah dan berbeza di Abu Dhabi.



                                                      ini episod pertama dalam drama ini
                                                          ini masjid sheikh zayed di abu dhabi..
                                          so saksikan tempat2 menarik yang ada di abu dhabi dalam cerita rindu bertamu di abu dhabi ini Ok.. tengok lebih banyak permandangan cantik di abu dhabi dengan menonton drama rindu bertamu di abu dhabi... :)


 

** Sumber asal :  kepalabergetar.blogspot.com
                              http://arwendanish.blogspot.com/2013/02/rindu-bertamu-di-abu-dhabi-slot-akasia.html
                            http://arwendanish.blogspot.com/2013/02/rindu-bertamu-di-abu-dhabi-slot-akasia.html

 

1 comment:

  1. sumber gambar farah :

    http://nurizspace.com/2013/01/cinta-di-burj-khalifa.html

    ReplyDelete

GIRLISH N BOYISH YG CUTE2 PUNYE KOMEN